[DEWAN RAKYAT] RUU Kawalan Produk Tembakan dan Merokok tak perlu diluluskan terburu-buru - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] RUU Kawalan Produk Tembakan dan Merokok tak perlu diluluskan terburu-buru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak perlu diluluskan secara terburu-buru kerana ia perlu melalui proses penelitian yang secukupnya.

Malah, ada ahli Parlimen yang juga bersetuju supaya RUU itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen bagi membolehkan satu kata sepakat bersama dicapai semua ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang sebelum RUU diluluskan kelak.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing ketika membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat menyatakan penolakan terhadap RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 kerana ia dibuat secara tergesa-gesa.

Beliau berkata, sepatutnya pendidikan diutamakan dengan tempoh yang mencukupi perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka faham matlamat dan mesej ke atas penggubalan akta itu.

“Kita tak boleh main sebegini. Jangan kita menipu sama rakyat. Kita mesti jaga ‘human right‘ kepada rakyat. Kita bagi pendidikan kepada mereka. Menteri jangan syok sendiri. Saya memang tak setuju ini ‘bill‘ (RUU). Memang saya tolak,” katanya.

Beliau juga membangkitkan dakwaan di media sosial kononnya pengenalan undang-undang itu ada kaitannya dengan pengenalan sebuah aplikasi baharu yang akan diperkenalkan dalam menguatkuasakan undang-undangnya kelak.

“Kata kita mahu ‘rushing‘ pasal apa? Pasal ada satu (aplikasi) mahu kasi naik lagi. Ini kalau betul ceritanya di media sosial berapa lagi mahu bayar satu tahun. Kalau tidak mahu bayar, siapa mahu buat? Kenapa kelam-kabut? Kenapa tidak kaji betul-betul buat pendidikan pada rakyat?

“Saya tidak tahu ini dari media sosial. Saya rasa, orang rasa boleh lihat ‘PUBA’ apps. Siapa buat ini, saya tidak tahu orang sudah ‘speculate‘. Sebab ini sudah kelam-kabut hari ini. Saya persoal dalam (dewan) ini, (hari ini) ‘PUBA’ esok boleh tukar pulak ‘Bubar’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya