[DEWAN RAKYAT] Mekanisme bendung penipuan industri kecantikan akan diwujudkan - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] Mekanisme bendung penipuan industri kecantikan akan diwujudkan

RAMPASAN membabitkan produk kesihatan dan kecantikan yang tidak berdaftar dan beracun sering dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu mekanisme akan diwujudkan bagi mengawal selia industri kecantikan di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah tersebut adalah sebagai jaminan keselamatan pengguna melibatkan tawaran-tawaran terhadap perkhidmatan kecantikan.

“Contohnya ada kes daripada syarikat yang berjanji untuk menyembuhkan (masalah) rambut tetapi bila dibuat tak berjaya.

“Kita tahu hal tersebut berdasarkan laporan datang daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Sejak 2018 hingga Jun ini, kita sudah menerima 661 kes berkaitan hal-hal kecantikan dan estetik.

“Tuntutan berkaitan hal ini adalah kelima tertinggi di TTPM (dalam tempoh dua tahun) dan kita sedang merancang untuk mengawal selia supaya pengguna terbela dan perniagaan ini tidak terjejas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau meminta kementerian menjelaskan pertimbangan untuk mewujudkan mekanisme bagi mengawal selia industri kecantikan, yang didakwa berdepan dengan banyak aduan daripada pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN