[DEWAN RAKYAT] Kenaikan kadar bantuan Rancangan Makanan Tambahan diteliti - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] Kenaikan kadar bantuan Rancangan Makanan Tambahan diteliti

PENGUSAHA kantin sekolah meminta supaya kerajaan segera meluluskan kenaikan kadar pemberian Rancangan Makanan Tambahan (RMT). -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penetapan kadar baharu bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah akan dibincang Kementerian Pendidikan dengan agensi pusat.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan dan keupayaan kewangan semasa kerajaan.

“Kadar semasa RMT adalah sebanyak RM2.50 di Semenanjung dan RM3 di Sabah, Sarawak serta Labuan. Kadar ini digunakan mulai 2016,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Jelas beliau, Kementerian Pendidikan sentiasa mencari jalan bagi menambah baik program RMT, termasuk pemberian susu kepada murid sekolah rendah yang layak sudah disediakan sebanyak dua kali seminggu di bawah Program Susu Sekolah (PSS) mulai 1980.

“PSS kemudian digabungkan dengan RMT yang mana mulai 2022 pemberian susu ditingkatkan kepada setiap hari persekolahan,” katanya.

Program RMT adalah pemberian makanan tambahan kepada murid sekolah rendah yang layak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mencadangkan supaya kadar RMT bagi murid sekolah rendah dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung dan RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata, kementeriannya sudah mengemukakan syor kepada Kabinet supaya peruntukan Kementerian Pendidikan bagi RMT ditingkatkan bagi memastikan murid mendapat makanan berkhasiat.

Khairy sebelum ini berkata, berdasarkan pemantauan kepatuhan menu program RMT yang dijalankan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan dari Januari hingga Jun lalu, hanya 61 peratus sekolah dipantau mematuhi menu RMT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya