[DEWAN RAKYAT] Haji terkandas: 'Jangan kaji lama sangat' - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] Haji terkandas: ‘Jangan kaji lama sangat’

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta tidak mengambil masa yang panjang untuk melakukan kajian berhubung isu jemaah haji terkandas terutamanya seperti mana yang berlaku membabitkan 380 jemaah haji, baru-baru ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin (PH -Hang Tuah Jaya) sewaktu sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

“Menteri, jangan kaji lama sangat, tiap-tiap tahun berlaku,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkata, pihaknya sedang mengkaji dan membuat penilaian berhubung isu jemaah haji di samping mencari penyelesaian terbaik berkenaan perkara itu.

“Saya difahamkan jemaah terlibat telah failkan saman, tetapi saya tidak mahu sentuh banyak kerana saman difailkan.

“Tetapi pihak kementerian sedang membuat penilaian dan kajian serta mencari penyelesaian segera,” katanya bagi menjawab soalan dikemukakan Shamsul Iskandar yang bertanyakan langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu jemaah haji terkandas.

Semalam, seramai 111 jemaah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk menunaikan fardu haji pada 7 Julai lalu dijangka membuat tuntutan sivil terhadap sebuah agensi pelancongan bagi mendapatkan kembali hak mereka.

Sebelum ini, mereka merupakan antara 380 jemaah haji terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan pasport.

Ekoran itu, dua lelaki dan tiga wanita termasuk pemilik agensi pelancongan berkenaan di samping isterinya dan ejen ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN