[DEWAN RAKYAT] Gagal akademik antara faktor 42,000 pelajar IPT tidak tamat pengajian - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] Gagal akademik antara faktor 42,000 pelajar IPT tidak tamat pengajian

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 42,000 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) tidak menamatkan pengajian kerana beberapa faktor antaranya gagal dalam peperiksaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pihak kementerian telah melakukan pelbagai inisiatif membantu pelajar meneruskan pengajian sehingga mereka bergraduasi sekali gus berjaya mengurangkan jumlah pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian.

“Pada 2018 hingga 2019 seramai 42,000 lebih pelajar tidak tamat pengajian tetapi ada komposisi-komposisinya dan peratusan mereka tidak tamatkan pengajian yang paling tinggi adalah lebih kurang satu peratus apabila mereka tidak tamatkan disebabkan kegagalan.

“Tetapi kita pergi buat engagement dengan memastikan mereka dapat terus pengajian,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (PH-Johor Bahru) yang meminta penjelasan kerajaan berhubung punca pelajar tidak meneruskan pengajian di peringkat IPT.

Menurut Noraini, Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai satu program iaitu Gap Year yang memberikan peluang kepada pelajar yang tidak berhasrat meneruskan pengajian tetapi mahu terlibat dalam bidang perniagaan.

“Program ini dijalankan dalam jangka masa tertentu khususnya untuk pelajar meneroka pelbagai program dan kemudian boleh sambung semula, mereka hanya perlu beritahu kepada universiti sahaja untuk terlibat program ini,” katanya.

Menyentuh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang, Noraini berkata, kerajaan membuka peluang kepada mereka meneruskan pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Katanya, Majlis TVET Negara diwujudkan untuk memastikan tiada pelajar tercicir dalam pelajaran dengan memastikan mereka diberi ruang dalam TVET. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya