[DEWAN RAKYAT] 17, 599 orang muflis dalam tempoh dua tahun, Selangor paling tinggi - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] 17, 599 orang muflis dalam tempoh dua tahun, Selangor paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 17,599 individu diisytiharkan bankrap sepanjang tempoh 2020 hingga Mei tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, daripada jumlah itu seramai 4,164 orang yang dicatatkan muflis datangnya dari Selangor.

“Wilayah Persekutuan kedua tertinggi dengan 2,203 orang; Johor (1,987); Sabah (1,642); Perak (1,278); Kedah (976); Pulau Pinang (949); Sarawak (948); Negeri Sembilan (831); Pahang (776); Kelantan (724); Terengganu (569); Melaka (453) dan Perlis dengan 99 orang,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat.

Mengikut pecahan umur pula, individu berusia 35 hingga 44 tahun paling banyak muflis dengan 6,681 orang.

Individu berusia 45 hingga 54 tahun pula 4,819 orang, 25 hingga 34 tahun (3,171); 55 tahun ke atas pula 2,823 orang sementara 46 orang lagi di bawah 25 tahun.

Sejumlah 59 kes lagi tidak dapat ditentukan tahap umur mereka.

Bagi pecahan jantina, kaum lelaki paling banyak diiisytiharkan muflis iaitu 12,970 orang berbanding 4,607 wanita dan 22 kes lagi tidak dapat ditentukan jantinanya.

“Kaum Melayu paling ramai muflis iaitu 10,267 orang, Cina (4,447 orang), India (1,321 orang), lain-lain bangsa pula 1,516 dan bukan warga negara pula 48 kes,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN