Dalam sejarah enam hari tiada air

Dalam sejarah enam hari tiada air

PENDUDUK terpaksa menadah air hujan ekoran gangguan bekalan air yang masuk hari keenam sejak Rabu lalu di Mukim Bukit Segumpal, Chenor di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: ‘Sejarah baharu’ buat penduduk di Mukim Bukit Segumpal, Chenor di sini apabila enam hari mereka terputus bekalan air iaitu sejak Rabu lalu.

Masalah itu menyebabkan hampir 3,000 penduduk membabitkan lebih 20 kampung di situ terjejas sekali gus merunsingkan mereka bahawa keadaan itu berlarutan lebih lama.

Difahamkan, krisis air di Bukit Segumpal bukan perkara baharu, tetapi lebih 30 tahun berlarutan membabitkan kampung-kampung yang terdapat dalam kawasan mukim terbabit.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Mukim Bukit Segumpal, Saadan Sudin, 70, berkata, gangguan bekalan air di mukim itu kerap kali berlaku tetapi kebiasaannya ia hanya sehari atau dua hari.

“Hari ini (semalam) sudah masuk hari keenam tiada air, ia adalah sejarah baharu buat penduduk.

“Sebelum ini, gangguan air tidak lama dan kami boleh bersabar lagi tetapi kini sudah enam hari, penduduk mula kecewa dan hilang sabar,” katanya di sini semalam.

Saadan yang mesra dipanggil Abang Tan berkata, pembahagian air di mukim tersebut boleh diibaratkan sebagai antara dua darjat.

“Kita (penduduk) buntu dan tidak tahu kita terima bekalan air dari Loji Maran atau Temerloh. Apaabila ini berlaku, susah untuk kita buat rujukan.

“Jika masalah ini terus berterusan begini, ia boleh jadi ibarat ‘bangau oh bangau lah’ (saling menuding jari),” katanya.

Sementara itu, dia meminta pihak berwajib mengambil tanggungjawab untuk membantu penduduk dan selesaikan segera kerumitan yang dialami mereka di mukim itu.

“Penduduk buntu dengan masalah dialami dan sampai ke hari ini saya tidak nampak pun lori tangki air di hantar ke sini walaupun dikatakan ia sudah pun dihantar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya