Cukai tanah perindustrian paling rendah untuk tarik ramai pelabur

Cukai tanah perindustrian paling rendah untuk tarik ramai pelabur – MB

WAN ROSDY Wan Ismail (kiri) menyampaikan replika kunci dan surat hak milik Rumah Rakyat Pahang kepada penerima, Muhammad Muzakir Ben Yazeed (tengah) di Jerantut, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kadar cukai tanah di Pahang bagi kategori perindustrian merupakan paling rendah di negara ini dalam usaha kerajaan menarik lebih ramai pelabur luar ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dakwaan bahawa cukai tanah untuk kawasan perindustrian di negeri ini tinggi adalah tidak benar malah kerajaan masih mengenakan kadar antara 50 hingga 70 sen satu meter persegi berbanding negeri lain berkadar RM3.80 ukuran yang sama.

“Tidak betul dakwaan Pahang mengenakan cukai tanah tertinggi dan hal ini (dakwaan) boleh mengganggu usaha kerajaan menarik pelabur bagi membuka pelbagai industri untuk menjana ekonomi serta kemudahan bagi rakyat di sini.  

“Dalam hal ini, saya ingin membetulkan semula, iaitu kerajaan negeri mengenakan inisiatif cukai khas (tanah) paling rendah antara usaha menarik banyak pelaburan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian Surat Hak Milik dan Notis Borang 5A kepada 1,312 orang penduduk Jerantut, di sini semalam. 

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, inisiatif cukai paling rendah antara hasrat kerajaan negeri untuk menarik ramai pelabur ke Pahang dengan menyasarkan pelaburan bernilai RM18 bilion tahun ini.

“Kemudahan cukai tanah yang lebih rendah terbukti apabila pelaburan sudah mencatat sebanyak RM10 bilion pertengahan tahun ini dan menghampiri sasaran tersebut.

“Kerancakan pelaburan ini juga berasaskan kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan, dorongan kedudukan ekonomi negeri semakin kukuh dan berkembang, pentadbiran kerajaan yang cekap dan efisien termasuk suasana politik yang stabil,” katanya.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.