Cubaan seludup diesel tumpas

Cubaan seludup diesel tumpas

ANGGOTA penguatkuasa KPDNHEP Pahang menunjukkan tangki petak yang diubah suai berkapasiti 1,000 liter diletakkan di atas lori tujuh tan untuk diisi minyak diesel sebelum dijual ke luar negeri Pahang di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan kegiatan  penyelewengan diesel bersubsidi bernilai RM59,000 dalam serbuan di premis stesen minyak di Indera Mahkota di sini, semalam.

Pengarah KPDNHEP negeri, Datuk Mark Ujin berkata, pasukan operasinya merampas lapan ‘tangki petak’ yang dianggarkan berkapasiti 1,000 liter setiap satu yang diubah suai dan diletakkan dalam lori bermuatan tujuh tan.

Menurutnya, turut ditemukan sebuah pam minyak yang digunakan bagi memindahkan diesel dari stesen minyak ke tangki petak berkenaan.

“KPDNHEP Pahang menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel tersebut dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi semalam.

“Susulan serbuan itu, kita menahan dua lelaki berusia 51 dan 21 tahun merupakan pemandu serta kelindan lori yang dipercayai untuk menjualnya keluar daripada negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat KPDNHEP Pahang di sini, hari ini.

KPDNHEP Pahang telah mengambil tindakan proaktif menggerakkan 127 anggota penguat kuasa melibatkan enam pejabat cawangan di seluruh negeri ini melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis perniagaan yang menjalankan aktiviti membabitkan petrol dan diesel. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN