Cuaca baik Hari Kebangsaan 2022 - MetMalaysia

Cuaca baik Hari Kebangsaan 2022 – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca diramalkan baik di kebanyakan tempat di seluruh negara esok, berita baik buat perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kuala Lumpur dan Putrajaya cuaca baik di waktu pagi.

Hujan dan ribut petir akan melanda di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa tempat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bagaimanapun, cuaca hujan dan ribut petir akan melanda di waktu petang melibatkan beberapa tempat iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Di sebelah malam, hujan dan ribut petir melanda di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Labuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN