PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,144 kes berbanding kelmarin, 1,946 kes sekali gus diatasi 2,549 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 462 kes diikuti Selangor (419), Sabah (220), Perak (167), Sarawak (138), Kelantan (113), Melaka (108), Kedah (103) dan Negeri Sembilan (101).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pinang Pinang (98), Johor (80), Pahang (54), Terengganu (39), Putrajaya (30), Labuan (7) dan Perlis lima kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 483 orang berbanding kelmarin, 431 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 72 kes berbanding jumlah kelmarin, 75 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 50 kes bersamaan jumlah kelmarin. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 32 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,068 kluster.
Satu kluster baharu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Han Hui Foong di Seremban, Negeri Sembilan dengan 10 kes. Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,210 kes.
Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,695 kes. – UTUSAN