Covid-19: Kes positif kekal bawah 1,000; Selangor, 900 kes

Covid-19: Kes positif kekal bawah 1,000; Selangor, 900 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,863 kes berbanding kelmarin, 2,728 kes sekali gus diatasi 4,752 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 900 kes diikuti Kuala Lumpur (590), Sabah (245), Perak (193), Kedah (130), Negeri Sembilan (125), Johor (116), Melaka (115) dan Pinang Pinang (106).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Kelantan (98), Sarawak (69), Putrajaya (68), Terengganu (58), Pahang (42) manakala Perlis dan Labuan masing-masing empat kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 507 orang berbanding kelmarin, 533 orang, manaka kes di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 55 kes berbanding jumlah kelmarin, 52 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 38 kes berbanding jumlah kelmarin, 36 kes selain tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 23 kluster masih aktif dengan keseluruhan 7,047 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes bersamaan jumlah kelmarin sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,032 kes termasuk satu kes kematian dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,656 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya