Covid-19: 4,684 kes positif; Selangor catat 2,164 kes

Covid-19: 4,684 kes positif; Selangor catat 2,164 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,684 kes berbanding kelmarin, 3,927 kes sekali gus diatasi 4,275 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 2,164 kes diikuti Kuala Lumpur (887), Perak (289), Sabah (267), Negeri Sembilan (204), Pulau Pinang (197), Melaka (142) dan Johor (123).

Ini diikuti Kedah (87), Sarawak (84), Pahang (81), Putrajaya (62), Kelantan (51), Terengganu (24), Perlis (12) dan Labuan, 10 kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 511 orang berbanding kelmarin, 597 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 56 kes berbanding jumlah kelmarin, 52 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 35 kes berbanding jumlah kelmarin, 38 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 24 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,047 kluster. Satu kluster baharu itu melibatkan kumpulan berisiko tinggi, Kluster Jalan Dato Lau Pak Khuan di Kinta, Perak dengan 11 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 11 kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,020 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,655 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya