Co-opbank Pertama buka cawangan ke-29 di Tawau

Co-opbank Pertama buka cawangan ke-29 di Tawau

ZAZALI Haron melawat Coopbank Pertama Cawangan Tawau di Kubota Square Tawau, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) membuka cawangan ke-29 di Kubota Square, Tawau, Sabah hari ini.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, pembukaan cawangan ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Ini adalah cawangan CBP yang kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu. Dengan pembukaan cawangan di Tawau ini, ia  salah satu strategi CBP untuk membawa produk dan perbankan terus kepada penduduk di negeri Di Bawah Bayu ini,” katanya dalam kenyataan.


ZAZALI Haron menandatangani plak perasmian Co-opbank Pertama Cawangan Tawau, Sabah, sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar (kiri), Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi (dua dari kanan) dan Timbalan Pengerusi CBP, Nor Hidayah Omar.

Tambah Baharom, CBP kini dalam perancangan mempunyai sekurang-kurangnya 36 buah cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2026 seperti yang dirancang di dalam Pelan Strategik CBP 2022-2026 yang dilancarkan pada 31 Mei lalu.

“CBP akan terus memperkenal beberapa produk dan model perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan anggota serta pelanggan CBP,” katanya.

Pembukaan cawangan baharu CBP itu dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Zazali Haron.

CBP Tawau turut mengadakan kayuhan Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Ia ditubuhkan pada 7 Jun 1950 dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah institusi perbankan.

CBP mempunyai 29 buah cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. CBP menawarkan pelbagai produk pembiayaan individu, koperasi serta korporat, Ar-Rahnu, deposit, syer keanggotaan serta takaful dan wasiat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya