Castle of Fruit sasar nilai jualan RM4 juta

Castle of Fruit sasar nilai jualan RM4 juta

ABDUL RASHID BAHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Biarpun jualan dan sambutan agak perlahan pada dua hari awal penganjuran, ‘Castle of Fruit’ dikendalikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus merekodkan nilai jualan dan kunjungan memberangsangkan.

Lebih menarik, nilai jualan dan sasaran pengunjung yang ditetapkan dijangka dapat diatasi menjelang hari akhir pe­nganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, Ahad ini.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Operasi), Abdul Rashid Bahri berkata, setakat tujuh hari penganjuran, nilai jualan direkodkan adalah RM2.9 juta berbanding RM4 juta yang di­sasarkan.

Selain itu, katanya, seramai 206,896 pengunjung direkodkan sepanjang tempoh sama dan ia sudah melepasi sasaran 180,000 pengunjung sepanjang 11 hari MAHA 2022.

“Jumlah nilai jualan itu juga meningkat 25 peratus berban­ding tempoh sama yang dire­kodkan pada penganjuran MA­HA 2018.

“Kami amat berbesar hati untuk maklumkan bahawa wa­laupun promosi tidak seper­ti dahulunya disebabkan negara dalam proses pemulihan daripada pandemik, sambutan tetap memberangsangkan.

“Kami juga menjangkakan lebih 150,000 pengunjung meng­hadiri Castle Of Fruit ini khu­susnya pada tiga hari terakhir MAHA 2022,” katanya ketika ditemui di MAHA 2022, semalam.

Katanya, pihaknya menerima maklum balas positif daripada peniaga di Castle Of Fruit dan mereka akui tidak menang tangan melayan pelanggan walaupun hari pertama dan kedua jualannya agak perlahan.

Abdul Rashid berkata, pi­haknya mendapati kehadiran pengunjung semakin mening­kat biarpun bukan pada hari minggu dan ia membuktikan orang ramai sangat menantikan penganjuran MAHA.

Castle Of Fruit menawarkan 11,111 produk jualan meliputi buah-buahan, sayur-sayuran, florikultur dan input pertanian membabitkan 99 lot jualan dan 82 usahawan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya