CAAM sahkan pesawat tersasar ketika mendarat di Langkawi

CAAM sahkan pesawat tersasar ketika mendarat di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat latihan tersasar keluar dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chester Voo berkata, insiden dilaporkan berlaku pukul 11.01 pagi itu membabitkan pesawat jenis Diamond DA-42D, 9M-HMY  dikendalikan HM Aerospace Sdn. Bhd. (HMA). 

Beliau berkata, pesawat berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika pendaratan dan tersasar keluar dari landasan.

“Bagaimanapun, kedua-dua juruterbang tidak mengalami kecederaan dan sedang menunggu pemeriksaan perubatan.

“Pesawat dialihkan pada pukul 12.05 tengah hari tadi dan landasan dibuka semula pada pukul 12.20 tengah hari selepas pemeriksaaan penuh landasan dilakukan,” katanya dalm satu kenyataan, di sini hari ini. 

Katanya, siasatan lanjut dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Chester berkata, sebagai salah satu usaha CAAM ke arah mempromosikan keselamatan penerbangan, kesemua pengurus dan ketua pegawai eksekutif daripada organisasi-organisasi latihan penerbangan dipanggil untuk taklimat keselamatan.

Menurutnya, kesemua aspek keselamatan pesawat dalam ekosistem organisasi latihan penerbangan dikaji semula untuk penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap piawaian keselamatan semua pihak dalam industri penerbangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.