Bukan minyak botol sahaja, harga barangan lain pun perlu turun

Bukan minyak botol sahaja, harga barangan lain pun perlu turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah menurunkan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) kepada RM34.70 bermula hari ini perlu disusuli dengan barangan keperluan lain yang masih tinggi.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, minyak masak adalah keperluan asas yang mana pengurangan harga membantu pengguna namun harga barangan lain masih tiada perbezaan.

“Kerajaan dilihat tidak mempunyai pelan jangka masa panjang dalam isu ini dan mengambil keputusan secara mendadak.

“Peniaga makanan tidak boleh disalahkan sekiranya harga makanan yang dijual masih sama kerana hanya harga minyak sahaja diturunkan dan harga barangan seperti tepung masih sama. Jadi tiada perbezaan besar bagi peniaga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, harga minyak masak pada bulan ini adalah RM34.70 berkuat kuasa hari ini.

Keputusan tersebut mengambil kira penetapan harga maksimum Minyak Sawit Mentah (CPO) yang diumumkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada setiap bulan.

N. MARIMUTHU

Marimuthu berkata, amaran awal harus diberi kepada pengguna sekiranya harga barangan dijangka meningkat.

“Banyak lagi inisiatif yang boleh dilaksanakan kerajaan bagi menstabilkan harga barangan untuk jangka masa yang panjang.

“Hampir RM16 bilion kadar import setahun Malaysia, kadar ini boleh dikurangkan sekiranya dasar pertanian Malaysia lebih mapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya