KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan 2022, Kumpulan Boustead menyumbang RM100,000 kepada Tabung Pahlawan dan Tabung Amanah Warisan Polis.
Wang tersebut adalah hasil kutipan Tabung Hari Pahlawan yang dilancarkan pada minggu lalu seiring pelancaran pameran kereta retro anjuran Retro Havoc Car yang berlangsung di The Curve, Kuala Lumpur.
Jurucakap Kumpulan Boustead, Badrul Rezal Baharudin turut meluahkan perasaan gembira berikutan pihak Boustead dapat sama menyumbang di dalam usaha menghargai jasa pahlawan negara.
Pada majlis tersebut, tabung kutipan dibawa oleh kereta-kereta retro yang terlibat dari tapak pameran The Curve menuju ke Royale Chulan Kuala Lumpur di mana berlangsungnya sambutan Hari Pahlawan 2022.
Sejumah RM50,000 diterima Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Syarina Kassim manakala Tabung Amanah Warisan Polis diwakili Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran merangkap Ahli dilantik Lembaga Pengurus, Timbalan Komisioner Polis Azmi Adam telah menerima sejumlah RM50,000.
Wang kutipan disampaikan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Izaddeen Daud. – UTUSAN










