Bot karam: Lima nelayan dikhuatiri hilang, seorang selamat 

Bot karam: Lima nelayan dikhuatiri hilang, seorang selamat 

BOT yang dinaiki enam nelayan dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Redang, Kuala Terengganu, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lima nelayan dikhuatiri hilang dan seorang terselamat apabila bot yang dinaiki karam selepas dipukul ombak dalam kejadian ribut kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Redang di sini, Isnin lalu.   

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, bot yang dinaiki enam nelayan terlibat dilaporkan karam di perairan itu pada pukul 10 malam.

Menurutnya, setakat ini, hanya seorang nelayan iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, yang terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, katanya, identiti mangsa yang lain pula belum dikenal pasti.  

“Kesemua nelayan tempatan itu keluar memancing dengan menaiki sebuah bot bernombor pendaftaran TFA 124 dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan dan kejadian itu berlaku ketika bot tersebut dalam perjalanan balik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggerakkan bot Maritim Perkasa 1234 ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kejadian bot karam itu.

“Untuk operasi SAR hari kedua hari ini, sektor pencarian telah diperluaskan hingga 242 batu nautika dan beberapa aset tambahan telah diatur gerak seperti Aset Kapal Maritim (KM) Redang, aset udara Bombardier CL415 dan bot Perkasa 1234,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya