BN mampu rampas Tangga Batu

BN mampu rampas Tangga Batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Parlimen Tangga Batu mampu dirampas kembali Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Parlimen Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, keyakinan itu berdasarkan momentum rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November lalu, yang jelas menolak Pakatan Harapan (PH).

 Katanya, kejayaan merampas kembali dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Klebang serta mengekalkan Pantai Kundor membuktikan rakyat kini kembali yakin kepada BN.

“Dulu rakyat terpengaruh dengan dakyah pembangkang hingga mereka hilang kepercayaan terhadap BN, namun selepas 22 bulan PH memerintah kini mereka sudah tahu mana yang baik dan mana buruk.

“Kali ini rakyat harus percaya terhadap BN untuk memenangi PRU15 kerana sudah terbukti parti pembangkang gagal menguruskan pemerintahan negara dengan baik, hingga mencetuskan pelbagai isu.

“Pada PRN Melaka tahun lalu BN menang 21 daripada 28 kerusi dan itu adalah petanda kebangkitan semula,” katanya ketika ditemui pemberita pada program petrol percuma di Stesen Petronas Bukit Rambai dan Sungai Udang di sini.

Pada PRU14, calon PKR, Rusnah Aluai menewaskan calon BN, Datuk Zali Mat Yasin dan calon Pas, Zulkifli Ismail dengan majoriti 4,659 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya