Bilik sauna di KLCC terbakar

Bilik sauna di KLCC terbakar

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah bilik sauna di di pusat beli-belah terkenal, Suria KLCC terbakar petang tadi. 

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada pukul 5.21 petang dan seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian. 

Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak serta bantuan daripada BBP Titiwangsa dengan kekuatan seramai 13 anggota.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan Mohd. Rozihafizam Othman berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran di dalam sebuah bilik sauna di tingkat G Tower 3 di pusat beli-belah tersebut. 

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sembilan minit kemudian. Kemusnahan kebakaran dianggarkan 80 peratus. 

“Kejadian tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya