Biar polis siasat kes buli MRSM Kuantan

Biar polis siasat kes buli MRSM Kuantan

MAHDZIR Khalid melawat tapak reruai Kementerian Pembangunan Luar Bandar sempena MAHA 2022 di MAEPS, Serdang, Selangor. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyerahkan sepenuhnya isu buli membabitkan seorang pelajar perempuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang, kepada polis.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kes itu. 

“Saya akan meneliti laporan lengkap siasatan kes itu. Bila sudah buat laporan polis, kita tak mahu komen apa-apa lagi. Biarlah polis siasat,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022 di sini, hari ini. 

Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang terlibat dalam kes buli itu. 

Mahdzir berkata, amalan buli adalah satu perkara serius dan pelajar terbabit boleh dibuang sekolah.

“Misalnya insiden di MRSM Kepala Batas, pelajar buli pelajar lain apabila lembaga disiplin dapat sahkan, memang pelajar itu dibuang sekolah ,” katanya. 

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan kes itu masing-masing pada 8 dan 12 Ogos lalu. 

Menurutnya, kes itu kini di siasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat. 

Semalam, tular satu hantaran di Facebook mengenai pendedahan dibuat ibu mangsa buli yang mendakwa tiada sebarang tindakan diambil pihak pengurusan MRSM Kuantan berhubung kes buli membabitkan anaknya.

Menerusi hantaran sama, ibu mangsa mendakwa baju sekolah anaknya diconteng dan rambut digunting ketika tidur, selain mendakwa wujud perbuatan khianat serta budaya gengsterisme di sekolah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya