Bersatu parti baik, fokus bantu rakyat

Bersatu parti baik, fokus bantu rakyat

RAZDI JIDIN melancarkan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bohor Jaya , Langkawi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Bersatu adalah parti yang paling kurang berpolitik kerana lebih memfokuskan usaha mereka untuk membantu rakyat.

Malah, beliau sendiri mengakui, setiap saat begitu bernilai kepadanya kerana tidak mengetahui berapa lama akan terus memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Pendidikan.

“Di peringkat parti bila disebut tentang perkara yang dijanjikan tidak dipenuhi, ia menimbulkan rasa tersentuh dalam kalangan penyokong parti. Tapi pada masa sama parti ini adalah parti yang baik, bersopan santun dan meletakkan kedudukan rakyat melebihi segala-galanya.

“Apa yang penting adalah untuk memberi tumpuan kepada agenda transformasi khususnya dalam konteks pendidikan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bohor Jaya di sini, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan Bersatu tidak akan sewenang-wenangnya menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan dan akan menunggu sehingga perbincangan lanjut diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu dimaklumkan oleh Radzi susulan tindakan Ismail Sabri membatalkan pertemuan di saat akhir dengan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.

Pertemuan itu dipercayai membincangkan isu pelantikan wakil Bersatu bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang didakwa telah dipersetujui oleh Ismail Sabri sebelum beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya