Berita baik menanti penjawat awam 30 Ogos ini - PM - Utusan Malaysia

Berita baik menanti penjawat awam 30 Ogos ini – PM

ISMAIL Sabri Yaakob bergambar kenangan pada Majlis Perasmian Simposium Keluarga Malaysia di PICC, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beria baik menanti penjawat awam apabila kerajaan bakal mengumumkan sesuatu yang ‘menceriakan’ pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Perasmian Simposium #KeluargaMalaysia, Pencapaian dan Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Ismail berkata, Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

“Insya-Allah, kita akan mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka penjawat awam. Tunggulah saya pun tengah fikir. Alhamdulillah, Kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam,” katanya.

Katanya, seperti semua ketahui, negara kerap kali dilanda musibah bencana alam seperti banjir besar yang tidak dijangka termasuk ancaman keselamatan termasuk di perbatasan negara.

Ismail Sabri berkata, di saat negara sedang mengalami kesusahan pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan pelbagai agensi kerajaan lain bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.

“Begitu juga dengan aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara khususnya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO, Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,” katanya.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, penganjuran simposium itu tepat pada masanya kerana hari ini genap satu tahun pentadbiran Keluarga Malaysia yang bermula pada 21 Ogos 2021.

“Saya mewakili kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas kesihatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa Covid-19. Sesungguhnya banyak sekali cerita kesedihan petugas-petugas kesihatan kita yang berkorban jiwa raga dan nyawa dalam menangani Covid-19.

“Jasa dan pengorbanan mereka semua sebagai wira tidak didendang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya