Belia digalak sertai isu dasar luar, hal ehwal antarabangsa

Kerajaan galakkan penyertaan belia dalam isu dasar luar, hal ehwal antarabangsa

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menekankan kepentingan diplomasi di peringkat belia sempena sidang kemuncak belia yang menghimpunkan komuniti alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur berkata, sidang kemuncak belia itu bertemakan ‘Kebangkitan Kuasa Belia di Malaysia dan Asia Tenggara.’

Kenyataan tersebut, yang memetik Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebagai berkata, kementerian itu menggalakkan penyertaan belia dalam isu-isu dasar luar dan hal ehwal antarabangsa melalui inisiatif seperti Pasukan Petugas Belia mengenai Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi.

“Diplomasi belia boleh menggalakkan dialog dan kerjasama antara Malaysia dan seluruh dunia dalam pelbagai bidang daripada keusahawanan kepada perubahan iklim. Kementerian Luar Negeri komited untuk memupuk diplomasi belia termasuk dengan pemimpin YSEALI,” katanya.

Dalam pada itu, Duta Besar AS ke Kuala Lumpur, Brian D. McFeeters berkata, YSEALI telah memperkasakan lebih 500 pemimpin muda Malaysia melalui program pertukaran AS dan bengkel serantau.

“Sejak sembilan tahun yang lalu, YSEALI telah menjadi platform berkuasa yang menunjukkan kekuatan program pertukaran belia dalam memupuk perubahan positif di seluruh dunia.

“Kami amat berbangga dengan alumni YSEALI Malaysia kami yang memenuhi janji program untuk memupuk generasi pemimpin akan datang yang memberi tumpuan kepada komuniti mereka dan negara mereka,” katanya.

Untuk rekod, sidang kemuncak YSEALI Malaysia dianjurkan oleh Majlis YSEALI Malaysia (YCOM), disokong oleh Kedutaan AS di Kuala Lumpur dan Dana Inovasi Libat Urus Alumni Jabatan Negara AS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya