Bekas jurujual kereta dipenjara setahun tipu pelanggan 

Bekas jurujual kereta dipenjara setahun tipu pelanggan 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas jurujual kereta dipenjara setahun dan dikenakan dua sebatan oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menipu dalam urusan pembelian kenderaan membabitkan kerugian hampir RM100,000. 

Tertuduh, Rizal Othman turut dikenakan denda RM1,000 dan sekiranya dia gagal membayar penalti itu, hukuman penjaranya boleh ditambah 14 hari.

Di hadapan Majistret Nadia Othman, Rizal, 44, didakwa memperdayakan mangsa dalam urusan mendapatkan kereta jenis Toyota Veloz menyebabkan mangsa menyerahkan wang berjumlah RM10,908.50. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur antara 2 Februari hingga 27 Julai 2022 dan dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu, di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan serupa membabitkan dua mangsa berlainan bagi urusan pembelian kereta Toyota Veloz dan Toyota Corolla Cross.

Tertuduh telah memperdayakan kedua-dua mangsanya menyebabkan mereka menyerahkan wang berjumlah RM81,400.

Kesalahan didakwa dilakukan di antara 13 Mei dan 30 Julai lalu di di Pusat Jualan Toyota Jalan Sinar, Sentul dekat sini dan di Bilik Pameran Toyota Syarikat PS Otomobil Selayang, Sentul dekat sini.

Bagi kesalahan ini, Aina Azahra menjatuhkan hukuman penjara satu tahun berserta satu sebatan 

Mahkamah menetapkan kesemua hukuman penjara dijalankan serentak daripada tarikh tertuduh ditangkap, 5 Ogos 2022.

Prosiding hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Mohamed Fauzi dan Nidzuwan Abd Latip manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya