Bayi 5 bulan maut kemalangan libat 8 sekeluarga

Bayi 5 bulan maut kemalangan libat 8 sekeluarga

PERODUA Alza dinaiki lapan sekeluaga terbabas dan terbalik ke bahu jalan di Kilometer 161.1, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Tangkak, Johor, malam tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut dan tujuh lagi cedera selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabas dan terbalik ke bahu jalan di Kilometer 161.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba, Rafiah Aziz berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu ialah Nor Jasmin Mohd. Hafizal.

Katanya, mereka yang cedera ialah pemandu kereta, Mohd. Hafizal Mohd Daud, 29, dan isterinya, Kasmeen Kholisah Khairul Amin, 29, bapa dan ibu Mohd. Hafizal, iaitu Mohd. Daud Mohd. Senin, 53, serta Zaharah Mohd. Amin, 60-an.

“Tiga lagi yang cedera ialah anak-anak Mohd. Hafizal iaitu Mohd. Noah, 5, Mohd. Aqil, 4, dan Aara Aqirah, 3,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Utusan Malaysia difahamkan, semasa kejadian keluarga tersebut dalam perjalanan dari Bukit Gambir menuju Tangkak.

 Menurut Rafiah, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor sebelum sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nor Zait Iskandar Md. Nor.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta Perodua Alza dinaiki lapan orang terbabas ke bahu jalan. Kesemua mangsa yang cedera diberikan rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke hospital berdekatan menggunakan kenderaan EMRS dan sebuah ambulans yang datang membantu sejurus selepas kejadian,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya