Bangkai pesawat terhempas dialihkan

Bangkai pesawat terhempas dialihkan

PESAWAT yang terhempas semalam dialih menggunakan kren dari lokasi kejadian di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bangkai pesawat ringan jenis Piper-28 yang terhempas di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah dekat Medan Gopeng di sini semalam, telah dialihkan dari lokasi kejadian, hari ini.

Operasi mengalihkan pesawat tersebut bermula pukul 2 petang menggunakan kren dan lori dengan kerja-kerja pengalihan berakhir sekitar pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan bangkai pesawat itu telah pun dibawa keluar dari lokasi nahas bagi tujuan siasatan.

“Serpihan dan bahagian pesawat itu dihantar ke hangar Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS) di sini untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, BATS dalam kenyataannya berkata, krew penerbangan pesawat ringan yang terhempas itu sempat melaporkan kecemasan pada pukul 8.07 malam sebelum terputus hubungan.

Menurut BATS, enjin pesawat ringan berkenaan dihidupkan pada pukul 7.50 malam sebelum berlepas dari landasan empat, 10 minit kemudian.

Menerusi laporan media semalam, seorang jurulatih penerbangan maut manakala rakannya terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng.

Dalam kejadian sekitar pukul 8 malam itu, jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, maut manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, parah.

Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya