Baik pulih menara jam Dataran Stadhuys siap November

Baik pulih menara jam Dataran Stadthuys siap November

Stadthuys
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerja baik pulih menara jam Tan Beng Swee di Dataran Stadthuys, Banda Hilir di sini yang menelan belanja lebih RM100,000 dijangka siap selewat-lewatnya November ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata, tugas mengecat semula bukan kerja mudah kerana hanya teknik yang betul memastikan jangka hayat menara jam itu bertahan lebih lama.

Kata beliau, oleh sebab itu tempoh dua hingga tiga bulan diperlukan untuk menyelesaikan sepenuhnya kerja baik pulih berkenaan.

“Kerja mengecat ini perlu utamakan teknik bagi memastikan jangka hayat (lama). Contohnya kalau kita sapu di atas cat sedia ada, maka ketahanan jangka hayat singkat.

“Untuk bangunan warisan ini adalah kita perlu buangkan lapisan lama dan seterusnya sapu cat baharu, barulah ia kekal lama dan keaslian warna itu akan terserlah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Melaka Heritage Parade di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, kerja-kerja pembaikan menara jam Tan Beng Swee perlu disiapkan segera supaya tidak mencacatkan pemandangan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, pemuliharaan terhadap monumen atau warisan sejarah perlu dijalankan bagi memastikan status bandar raya warisan yang diperoleh terus diiktiraf.

Katanya, langkah itu sejajar dengan Rancangan Tempatan MBMB 2035 yang memastikan usaha-usaha berkenaan ditingkatkan dari semasa ke semasa agar status warisan tidak tergugat.

“Untuk pemuliharaan kita akan lihat identiti setiap warisan itu, kalau kita rasa perlu dibaik pulih atau touch up (cantikkan), jadi perkara ini akan diutamakan dahulu,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya