Asnaf, mualaf rebut peluang dalam karnival kerjaya

Asnaf, mualaf rebut peluang dalam karnival kerjaya

NORHASHIMA Masfuri (kanan) sedang beratur untuk ditemuduga pada Karnival Kerjaya Jom Kerja LZS yang dianjurkan di Pusat Konvensyen Shah Alam di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 6,000 tawaran jawatan kosong tidak disia-siakan oleh komuniti dalam kumpulan asnaf apabila diberi peluang menerusi program Karnival Kerjaya Jom Kerja oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini.

Bagi seorang graduan Diploma Perundangan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Norhashima Masfuri, 26, peluang tersebut dimanfaatkan dengan niat membantu keluarganya.

Katanya, selepas tamat pengajian sejak dua tahun lalu, dua tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan sebaliknya terus membantu keluarga dengan mengasuh di rumah untuk mencari pendapatan tambahan.

“Saya membantu ibu menjaga anak orang bagi menambah pendapatan keluarga. Bapa bekerja di sektor perkilangan. Selepas pandemik Covid-19 berakhir saya terus menganggur hingga kini. Harap saya dapat kerja hari ini.

“Tidak kisah bekerja dalam bidang selain undang-undang jika ditentukan Allah SWT rezekinya bukan dalam bidang undang-undang ” katanya di karnival tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS, Mohd. Nurhisyam Shamsir ketika ditemui berkata, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Jelasnya, karnival kerjaya tersebut menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan membabitkan 31 majikan daripada pelbagai sektor pekerjaan. 

“Karnival sehari ini menawarkan peluang kerjaya khususnya kepada pencari kerja dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang produktif serta berdaftar dengan LZS.

“Ia secara tidak langsung membuka peluang kerjaya kepada asnaf meningkatkan pendapatan melalui platform tawaran jawatan kosong dan padanan pekerjaan membabitkan majikan dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan, pembuatan, perdagangan borong dan peruncitan, automotif serta makanan dan minuman,” jelasnya.

Sementara itu, seorang mualaf dari rumah kebajikan Baitul Salam, Farhan Abdullah,28, berkata, dia mempunyai kelulusan teknikal dari sebuah pusat pengajian dan bercita-cita bekerja dalam bidang tersebut.

“Saya syukur kerana dapat hadir ke karnival kerjaya ini kerana sudah lama menganggur. Jika dapat bekerja sebagai seorang juruteknik atau bidang berkaitan saya terima dengan sebaiknya,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.