Pengguna diminta sokong mogok penghantar makanan

Pengguna diminta sokong mogok penghantar makanan

rider
Pengguna diminta menyokong mogok oleh penghantar makanan. –UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna diminta memberi sokongan penuh kepada penghantar makanan (rider) yang sedang menjuangkan hak dan menuntut bela nasib mereka daripada syarikat-syarikat berkaitan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim berkata, kadar bayaran yang diberikan kepada penghantar makanan semakin menurun dan ditambah juga dengan penarikan bonus sehingga menjadikan kerja berisiko itu dianggap tidak setimpal.

Menurutnya, pekerjaan sebagai rider juga tidak mempunyai perlindungan hak dan undang-undang yang jelas.

ADAM ADLI

“Ia jauh sekali di bawah Akta Kerja 1955. Ini terkait tafsiran adakah mereka ini dianggap pekerja atau bekerja sendiri walaupun jelas diikat dan tertakluk amalan master and servant’s secara praktik.

“Maka teman-teman yang bekerja sebagai rider ini mahukan penyelesaian terhadap nasib dan hak mereka. Mereka tak minta banyak, hanya mohon sokongan kita dalam perjuangan menuntut hak mereka.

“Esok (hari ini) kita bagi rate (penilaian) untuk aplikasi itu di Play Store serta App Store. Bermula 12 pagi ini sehingga 12 tengah malam esok (hari ini), jangan buat pesanan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, kumpulan penghantar makanan bagi beberapa syarikat penghantaran makanan dalam negara dijangka melancarkan mogok untuk 24 jam bermula tengah malam tadi.

Malah, berdasarkan notis pemberitahuan, kumpulan tersebut akan berkumpul di lebih 10 tempat perhimpunan di Lembah Klang pada pukul 4 petang ini, sebelum mereka mula menunggang bersama ke ibu pejabat syarikat penghantaran di Petaling Jaya untuk menyerahkan memorandum kepada syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN