Amanah seru ahli buat laporan polis terhadap Abdul Hadi esok - Utusan Malaysia

Amanah seru ahli buat laporan polis terhadap Abdul Hadi esok

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru semua ahli partinya seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, esok. 

Pengarah Biro Mobilisasinya, Sany Hamzan mendakwa, laporan polis terhadap Ahli Parlimen Marang itu dibuat atas fitnah Pakatan Harapan (PH) cuba merungkai Perlembagaan negara. 

“Seperti video ucapan Presiden PAS sewaktu Pelancaran Perikatan Nasional Negeri Terengganu yang menyatakan Pakatan Harapan cuba merungkai Perlembagaan negara ketika memerintah 22 bulan.

“Oleh itu, setiap negeri dan kawasan diminta untuk membuat laporan polis atas fitnah tersebut secara serentak pada pukul 2.30 petang, 3 Ogos (Rabu),” dakwanya dalam kenyataan hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi mendakwa PH mahu menghakis hak orang Melayu dan Islam dengan cuba mengubah Perlembagaan semasa 22 bulan memerintah Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya