Akaun Telegram peribadi Perdana Menteri digodam - Utusan Malaysia

Akaun Telegram peribadi Perdana Menteri digodam

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan akaun Telegram peribadi beliau telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menurut Ismail Sabri, beliau memohon agar perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan meminta orang ramai agar mengabaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

“Perhatian: akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Kejadian telefon bimbit atau media sosial membabitkan menteri dan ahli politik digodam bukan perkara baharu di negara ini dan kali ini melibatkan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi mangsa scammer yang menggunakan nombor beliau di aplikasi Telegram untuk memperdaya orang ramai.

Selain itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula mengesahkan yang telefon bimbitnya digodam pihak tidak bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN