‘Ahmad Zahid luluskan LCS pada 2011, jangan cuba lari’

‘Ahmad Zahid luluskan LCS pada 2011, jangan cuba lari’

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diingatkan tidak cuba ‘lari’ daripada tanggungjawab susulan kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (PCS) yang didakwa dikaitkan dengan beliau.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, Ahmad Zahid telah meluluskan projek LCS pada 2011 dan ketika itu beliau menyandang jawatan Menteri Pertahanan. 

“Ahmad Zahid bertanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS yang berlaku. Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari. 

“Ahmad Zahid juga yang membuat keputusan menukarkan sistem LCS daripada sistem SIGMA kepada sistem GOWIND sebelum berunding dan minta nasihat pihak TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia),” katanya hari ini. 

Timbalan Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian menerusi hantaran di Facebook beserta cetakan skrin laporan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), memetik kenyataan salah seorang saksi, Timbalan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, Guna Arulalan David. 

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, tidak wajar menunding jari kepadanya berkait isu kegagalan perolehan projek itu kerana beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek tersebut diberikan. 

Katanya, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bermula April 2009 hingga Mei 2013.

Hasil semakan Utusan Online di dalam laporan itu bertarikh 1 Disember 2020, Guna Arulalan dipetik sebagai berkata, TLDM telah bersetuju dan mahukan reka bentuk SIGMA, iaitu kapal tempur pesisir daripada Belanda yang telah pun dipersetujui oleh Menteri Pertahanan dan pihak pengurusan kementerian. 

Bagaimanapun, reka bentuk itu telah ditukar kepada GOWIND daripada Perancis hasil cadangan dikemukakan oleh pihak syarikat iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS).

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: “Boleh tak kami dapatkan bilakah SIGMA dicadangkan dan dipersetujui dan siapakah menterinya? Keadaan sama untuk GOWIND.” 

Guna Arulalan: “Ya, pada 26 Mei 2011, kita dapati Ahmad Zahid bersetuju dengan cadangan TLDM untuk reka bentuk SIGMA dan Combat Management System yang berkaitan adalah daripada Palaise, Perancis. 

“Akan tetapi, pada tahun yang sama pada 11 Julai 2011, Ahmad Zahid bersetuju memilih reka bentuk GOWIND. Pada 26 September 2011, bersetuju untuk perubahan kepada Combat Management System daripada yang asalnya tactical ditukar kepada SETIS. Jenis SETIS dari Perancis juga atas syor syarikat BNS,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya