Adakan PRU segera jika terus berebut jawatan - Utusan Malaysia

Adakan PRU segera jika terus berebut jawatan

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum (PRU) perlu disegerakan sekiranya isu berkaitan tuntutan jawatan terus dimainkan pemimpin terutamanya daripada parti kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana ia berkemungkinan memberikan kesan buruk kepada negara sekiranya terus dibiarkan. 

“Jika signal perebutan jawatan terus dipertonton maka sebaiknya PRU disegerakan kerana lagi lama berkerajaan nanti makin membengkak pula nanah yang boleh menjadi barah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Meskipun bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu tidak menamakan mana-mana pihak, hantaran itu dipercayai merujuk kepada tuntutan dibuat Perikatan Nasional (PN) terutamanya berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu media melaporkan, PN didakwa sedang mempertimbangkan untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan tidak memenuhi terma penting terkandung dalam perjanjian antara gabungan itu dengan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, pemimpin kerajaan sepatutnya memberi fokus menangani isu berkaitan ekonomi yang berlaku ketika ini.

“Fokus rakyat sekarang ialah kestabilan ekonomi pasca covid bukannya tuntutan jawatan dalam kerajaan. Pemimpin kerajaan perlu menunjukkan signal tersebut kepada rakyat.

“Fokus pada penyelesaian inflasi sepertimana pasukan jihad inflasi yang diamanahkan kepada Tan Sri Annuar Musa bagus untuk kerajaan di mata rakyat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya