9 syarikat Malaysia, Ajlan & Bros meterai MoU bernilai RM34 bilion

9 syarikat Malaysia, Ajlan & Bros meterai MoU bernilai RM34 bilion

ISMAIL Sabri Yaakob menyaksikan majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan Ajlan & Bros di The Ritz Carlton, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan utama dunia apabila sembilan syarikat tempatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group (Ajlan & Bros).

MoU berkenaan melibatkan pelaburan secara kolektif bernilai kira-kira RM34 bilion yang melibatkan pelbagai sektor seperti semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan.

Majlis pertukaran MoU yang berlangsung The Ritz Carlton, di sini turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Pengerusi Ajlan Bros Holding Group, Mohammed Abdulaziz Al Ajlan.

Sembilan syarikat itu ialah Dagang NeXchange Berhad (DNex), Aerodyne Systems Sdn. Bhd., National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI), Twistcode Technologies Sdn. Bhd., CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Berhad, Meta Universe Sdn. Bhd, Light Up 7 Sdn. Bhd. dan My Events Sdn. Bhd..

Ajlan & Bros merupakan sebuah konglomerat sektor swasta terbesar di Timur Tengah, dengan mempunyai kira-kira 70 syarikat di 15 negara selain turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat bagi mengembangkan perniagaan.

Ditubuhkan pada asalnya sebagai perniagaan tekstil pada 1979, Ajlan & Bros terus berkembang dalam pelbagai sektor termasuk pembuatan yang berjaya mewujudkan rangkaian kilang di China yang telah mencapai hasil yang terbaik dan menepati piawaian antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya