5 syarikat terlibat langgar akta persaingan berkaitan bekalan ayam - Utusan Malaysia

5 syarikat terlibat langgar akta persaingan berkaitan bekalan ayam

Peladang didakwa mencatukan bekalan ayam ke pasaran bagi meningkat harga jualan sehingga RM11 sekilogram. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dapatan awal Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendapati lima syarikat pengisar makanan berkaitan bekalan ayam melanggar Seksyen 4 Persaingan 2010 dengan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail menjelaskan dapatan itu berdasarkan keputusan cadangan yang diperoleh melalui siasatan dijalankan Jun lalu.

“Hasil penyiasatan mendedahkan maklumat perdagangan sensitif yang dikongsi antara perusahaan itu dilihat berpotensi untuk mengganggu persaingan dalam pasaran.

“Melalui penetapan harga pada kuantum sama yang menyebabkan kenaikan sama dalam kalangan perusahaan, pilihan pembeli dalam memilih pembekal makanan ayam yang menawarkan harga terbaik menjadi terhad,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, kesalahan itu dikesan dilakukan oleh lima syarikat itu antara awal 2020 hingga pertengahan 2022.

Bagaimanapun Iskandar menegaskan dapatan itu boleh berubah berdasarkan penyiasatan lanjutan yang masih diteruskan pasukan khas tersebut.

Lima syarikat pengisar makanan itu, katanya, ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn. Bhd.; FFM Berhad; Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn. Bhd.; Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn. Bhd. dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn. Bhd.

Sehubungan itu beliau berkata, kelima-lima perusahaan terbabit mempunyai peluang mengemukakan representasi dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan cadangan itu disampaikan kepada mereka.

Kelima-lima syarikat itu dikesan melakukan kesalahan itu dengan memasuki perjanjian anti persaingan dan amalan bersepadu dalam menaikkan kuantum harga makanan ayam yang mengandungi kacang soya dan jagung sebagai bahan utamanya.

MyCC menubuhkan pasukan khas tersebut susulan arahan daripada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) awal tahun ini bagi menyiasat dakwaan kartel dalam industri ayam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya