46,426 usahawan wanita terima manfaat

46,426 usahawan wanita terima manfaat

RINA HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 46,426 usahawan wanita seluruh negara menerima manfaat hasil program keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM yang dilancarkan sejak 1 September tahun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, jumlah itu dilihat memberangsangkan selepas peralihan negara daripada fasa pandemik ke endemik Covid-19.

“Program ini merupakan satu platform Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk membantu wanita mendapat kerja dan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM juga telah memberi kesan kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek terutamanya aspek kewangan dan penjanaan pendapatan. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu dasar tiada sesiapa yang tertinggal dan untuk menyokong serta menjamin kehidupan golongan yang terjejas khususnya wanita,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Rina berkata, sebanyak 15,000 peluang pekerjaan ditawarkan daripada pelbagai sektor membabitkan kira-kira 30 majikan membabitkan pelbagai sektor.

“Kita ingin membuka seluas-luasnya peluang kerjaya kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan wanita. Melalui karnival ini juga ada sesi perkongsian petua dan nasihat daripada usahawan berjaya,” katanya.

Rina berkata, KPWKM menyasarkan 59 peratus penyertaan wanita dalam pasaran kerja menjelang 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN