4,109 koperasi pegun bakal jalani pemutihan

4,109 koperasi pegun bakal jalani pemutihan

NOH Omar merasmikan Koperasi Sukarelawan Rakyat Selangor Berhad (KRiiS) itu di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 4,019 daripada 14,834 koperasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai pegun kerana tidak menjalankan sebarang aktiviti atau mesyuarat tahunan dalam tempoh tiga tahun akan dimasukkan ke dalam proses pemutihan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya akan meminta semua pegawai koperasi di peringkat negeri menjalankan pemeriksaan dan siasatan menyeluruh dan diambil tindakan pemutihan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengikut Seksyen 64 Akta Koperasi 1993.

“Pegawai SKM boleh memanggil dan memeriksa koperasi yang berstatus tidak aktif itu sebelum mengambil tindakan berkenaan.

“Kita akan melihat laporan penuh yang dikemukakan itu dan boleh mengambil alih aset koperasi tersebut selepas ditutup atau dibatalkan,” katanya selepas melancarkan Koperasi Sukarelawan Rakyat Selangor Berhad (KRiiS), semalam.

Jelas Noh, kesemua koperasi pegun itu dikenal pasti mempunyai keahlian seramai 149,638 orang sementara bilangan koperasi yang masih aktif berjumlah 8,961 dengan keahlian lebih 6.8 juta orang.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 1,854 koperasi pula didapati berstatus tidak aktif dengan melibatkan seramai 96,533 ahli.

“Semua koperasi itu mempunyai mesyuarat atau laporan tahunan namun tidak menjalankan aktiviti koperasi.

“Namun, ia masih boleh diselamatkan menerusi bantuan geran atau pinjaman disediakan oleh SKM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.