4 remaja ditahan menunggang motosikal ala Superman  - Utusan Malaysia

4 remaja ditahan menunggang motosikal ala Superman 

SALAH seorang daripada empat remaja lelaki yang ditahan polis selepas dikesan melakukan aksi ‘ala Superman’ ketika menunggang motosikal serta berlumba secara berkumpulan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Cheung Eu, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seramai empat remaja lelaki ditahan polis selepas dikesan melakukan aksi ‘Superman’ ketika menunggang motosikal serta berlumba secara berkumpulan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Cheung Eu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan itu, dua remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Barat Daya manakala dua remaja berusia 16 dan 19 tahun ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang.

”Berdasarkan siasatan awal, kesemua mereka didapati menunggang motosikal secara berkumpulan serta melakukan aksi ‘ala Superman’ sambil menduga kelajuan. Kesemua mereka direman selama tiga hari sehingga 23 Ogos untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dalam operasi sama sebanyak tujuh buah motosikal disita termasuk motosikal yang digunakan oleh pesalah Seksyen 42 (1) APJ 1987  dan sebanyak 28 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

”Pihak polis akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan pada setiap masa terutama ketika hujung minggu. Ibu bapa juga perlu menasihati dan memantau anak-anak supaya tidak terlibat dengan aktiviti berbahaya seperti ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya