25 Rang Undang-Undang diluluskan di Parlimen

25 Rang Undang-Undang diluluskan di Parlimen

lompat parti
WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sidang Parlimen kali ini menjadi satu sejarah yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan.

Beliau berkata, 25 RUU yang diluluskan itu berkait rapat dengan kestabilan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat dan melibatkan pelbagai aspek seperti kewangan, pertanian, industri makanan, sumber manusia, pelancongan, jenayah, kehakiman, pertahanan dan kepolisan.

“Antaranya undang-undang yang dianggap mempunyai kepentingan kepada semua rakyat dan negara seperti RUU Pindaan perlembagaan Larangan Ahli Bertukar Parti turut diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi, antara RUU yang diluluskan adalah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 dan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dibawah Kementerian Dalam Negeri.

Selain itu, Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 di bawah Jabatan Perdana Menteri; Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan RUU Anti gangguan Seksual 2021 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia turut melibatkan Akta Racun (Pindaan) 2022 dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia; Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022; Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022 dan RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 juga di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Selain RUU yang diluluskan, terdapat usul yang telah dibawa ke Dewan Rakyat. Sebanyak sembilan usul dibahas di Dewan Rakyat dan hanya satu usul sahaja yang telah dibahas di Dewan Negara iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Dewan Negara pada 27 Julai 2022. Ini adalah selaras dengan peruntukan dalam Akta itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu katanya, semua RUU yang diluluskan akan menjalani proses yang sewajarnya sebelum ia dapat dikuatkuasakan melalui undang-undang dan penguatkuasaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya