23 termasuk 16 pengunjung kelab malam ditahan

23 termasuk 16 pengunjung kelab malam ditahan

ANTARA pengunjung diberkas polis dalam serbuan di Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 23 individu termasuk 16 pengunjung sebuah kelab hiburan tanpa lesen ditahan dalam serbuan di kompleks di Jalan Dang Wangi dekat sini, hari ini.

Serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, individu yang ditahan terdiri daripada seorang pengurus, dua pekerja, empat penari dan 16 pengunjung yang berusia 21 tahun hingga 54 tahun. 

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai jenis barangan digunakan untuk operasi kelab malam antaranya pembesar suara, alat komunikasi mudah alih, tujuh botol minuman keras, mikrofon dan wang tunai RM540.

“Tangkapan ditahan reman dua hari sehingga esok bagi disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (1992, Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan 1963.

“Polis akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di premis pemantauan ke atas kelab malam yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya