11 lelaki mengaku tidak bersalah sabung ayam

11 lelaki mengaku tidak bersalah sabung ayam

SEBAHAGIAN daripada 11 tertuduh yang didakwa terlibat dalam aktiviti menyabung ayam di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 11 lelaki mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dengan kegiatan sabung ayam, Jun lalu.

Mereka membuat mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Tertuduh adalah Md. Asyraf Zuhairy Md. Zainudin, 37; Mohamad Fakro Riduan Sidek, 26; Muhammad Amir Asyraf Zakaria, 27; Muhamad Hazimin Hasbollah, 27; Syed Safanizam Syed Yahya, 33, dan Mohd. Noorsyaiful Zaidi Sulong, 32.

Kesemua mereka termasuk Mohd. Kamal Gani, 30; Mohd. Afiq Che Awang, 36; Mohd. Faizal Jusoh, 40; Mohammad Hakim Iskandar Zaidi, 24, dan Wan Muhammad Shafiq Wan Ibrahim, 23.

Mengikut pertuduhan, kesemua hadir ke satu pelagaan ayam tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah.

Kesalahan itu dilakukan mereka di sebuah bangsal reban ayam di Kampung Pengkalan Rajawali, Chendering di sini, pada pukul  2.30 pagi, 10 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 32(2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(5) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Mohd. Shahihan Mohd. Tahar manakala tertuduh diwakili peguam, Azmi Ahmad.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 setiap seorang dan menetapkan sebutan semula pada 13 September depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya