Zulhelmi ditemukan selamat berlindung dalam gua - Utusan Malaysia

Zulhelmi ditemukan selamat berlindung dalam gua

KEADAAN Zulhelmi Abdul Halim ketika ditemukan selamat di dalam sebuah gua di di atas bukit berhampiran Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Selepas hampir seminggu dilaporkan hilang, seorang lelaki akhirnya ditemukan selamat di dalam sebuah gua di atas bukit berhampiran Sungai Batu Pahat di sini hari ini.

Ketika ditemukan kira-kira pukul 2.30 petang itu, Zulhelmi Abdul Halim, 28, berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya di dalam gua yang menjadi tempat perlindungannya.

Mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung yang turut mengikuti operasi mencari dan menyelamat sejak semalam itu.

Ketika ini, usaha menurunkan mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat.

ABDUL Halim Ismail menunjukkan gambar terkini anaknya yang ditemukan sedang berlindung di dalam sebuah gua atas bukit sekitar Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

Dalam pada itu, bapa mangsa, Abdul Halim Ismail, 71, menzahirkan rasa syukur dengan penemuan anak bongsunya itu selepas hilang sejak seminggu lalu.

Menurut Abdul Halim, dia juga telah melihat gambar terkini anaknya itu dan merasa lega Zulhelmi dalam keadaan selamat meskipun sedikit lemah.

“Terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus membantu mencari anak saya sejak dia dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan mengenai kehilangan Zulhelmi sejak seminggu lalu selepas keluar menebas bagi membersihkan sebuah dusun durian terletak atas bukit sekitar Sungai Batu Pahat di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN