Warisan gesa siasat segera kumpulan ancam keselamatan Sabah

Warisan gesa siasat segera kumpulan ancam keselamatan Sabah

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mahu pihak berkuasa segera menjalankan siasatan berhubung gerakan yang cuba menggugat keselamatan penduduk di negeri ini.

Laporan mengenai kumpulan atau individu yang mengeluarkan dokumen pengenalan diri Sulu Sultaniyah Darul Islam (SSDI) dengan mengenakan bayaran tertentu yang didakwa berkaitan dengan waris Kesultanan Sulu.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, biarpun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah memberi jaminan akan menyiasat kes berkaitan SSDI namun, diharap siasatan dapat dilakukan dengan cepat dan teliti.

Justeru, Warisan mengulangi gesaan tentang keperluan kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menangani ancaman tuntutan itu dengan serius.

Malah, sudah tiba masa untuk meningkatkan tahap keselamatan di negeri ini agar tidak mudah dibolosi oleh penceroboh daripada luar.

“Kami bukannya mahu menimbulkan kebimbangan atau panik tetapi selagi tiada tindakan serius dilakukan, ancaman keselamatan ini akan terus membelenggu dan menghantui kita dan rakyat Sabah khususnya akan terdedah kepada ancaman ini.

“Pasukan keselamatan kita mestilah sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah perkara ini ataupun alpa dan terleka walaupun selama satu minit,” katanya semasa majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Warisan Kota Belud hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, masyarakat di Lahad Datu terpaksa berhadapan dengan insiden penculikan dan situasi yang mengancam nyawa selama bertahun-tahun sehingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Malah,industri pelancongan yang menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Sabah terjejas teruk oleh ancaman keselamatan ini.

“Kita tidak harus melupakan peristiwa pencerobohan Tanduo pada tahun 2013. Peristiwa itu adalah sejarah hitam negara dan kita tidak mahu berulang.

“Namun selagi kerajaan Persekutuan dan negeri terus memandang ringan perkara ini, ancaman ini akan terus berlegar dan kehidupan kita.

“Warisan juga sudah berkali-kali menggesa agar aspek kawalan dan tahap keselamatan di pantai timur Sabah diperketatkan. Ancaman yang berlaku ini dan menunjukkan betapa perlunya menempatkan kem tentera di Lahad Datu,” katanya.

Kehadiran pasukan keselamatan seperti tentera dapat mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya