Warga emas tinggal bersama sampah dapat pembelaan - Utusan Malaysia

Warga emas tinggal bersama sampah dapat pembelaan

WAN Mat Zain Wan Yusof (kanan) menziarahi Mek Nab di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang warga emas yang tinggal bersama timbunan sampah di sebuah rumah uzur di Kampung Laut di sini, sehingga tular dalam laman sosial Fecebook akhirnya mendapat pembelaan.

Wan Zainab Wan Ismail atau Mek Nab, 78, dipindahkan serta-merta ke rumah anak saudaranya di Kampung Laut 3 untuk dijaga sementara waktu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak saudaranya yang mahu dikenali sebagai Fauziah, 54, berkata, sebelum ini Mek Nab dijaga baik oleh jirannya, namun, berada dalam keadaan tidak terurus sebagaimana gambar tular dalam media sosial sejurus selepas dimasukkan ke hospital.

“Saya bersama saudara berpakat membersihkan rumah, tetapi, lain pula jadinya apabila tular dalam keadaan tidak terurus.

“Sehari selepas berpindah ke rumah, dia (Mek Nab) mahu pulang ke tempat asal,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, rumah lama Mek Nab akan dibaiki dan sudah di­bersihkan oleh penghulu.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mat Zain Wan Yusof berkata, Mek Nab tinggal berseorangan selepas kakaknya meninggal dunia.

Sejak gambar itu tular, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta pemimpin tempatan menziarahi rumah Mek Nab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN