Warga emas sesak nafas, 21 hilang tempat berteduh

Warga emas sesak nafas, 21 hilang tempat berteduh

TIGA buah rumah musnah akibat kebakaran di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis malam tadi. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas dan alahan selepas kediamannya terbakar di Felcra Lubuk Sireh di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam yang memusnahkan tiga buah rumah itu turut mengakibatkan 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang serta hilang tempat berteduh.

Dua buah rumah musnah 100 peratus manakala sebuah lagi rosak 30 peratus akibat kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, sepasukan anggota bertugas terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, seramai lapan anggota bomba dan lapan bomba sukarela bersama dua jentera sedang memadam kebakaran di tempat kejadian.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 9.45 malam dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa namun seorang warga emas dikejarkan ke Hospital Tengku Fauziah (HTF) akibat sesak nafas,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shokri, seramai 21 orang termasuk enam lelaki dewasa, perempuan dewasa (9), kanak-kanak lelaki (2) dan empat kanak-kanak perempuan dipindah ke tempat selamat.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis.

“Polis Padang Besar meminta kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian itu di talian 04-9492222 (hotline) dan 04-9491481 (DCC),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN