Warga emas maut dilanggar kereta dipandu lawan arus

Warga emas maut dilanggar kereta dipandu lawan arus

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandu melawan arus bertembung kereta lain di KM32.8 Lebuhraya Persekutuan arah Klang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi itu, lelaki berusia 72 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan berkaitan kemalangan melibatkan Proton Wira dan Honda City pada pukul 2.08 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa memandu Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan Honda City.

“Akibat pertembungan itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu atau berada di lokasi nahas diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, R. Navalan di talian 014-2536820,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.