Wanita hina Islam didakwa esok

Wanita hina Islam didakwa esok

TANGKAP layar seorang wanita didakwa menghina Islam di sebuah kelab di Kuala Lumpur baru-baru ini. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita yang menghina agama Islam di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) akan dituduh di mahkamah esok.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kertas siasatan polis sudah dirujuk kepada pejabat peguam negara.

“Susulan itu polis mendapat arahan untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek yang tamat pada hari ini turut disambung selama satu hari sehingga esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, teman lelaki suspek juga akan dituduh di mahkamah esok mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin, Noorsiah dilaporkan berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan Sabtu lalu dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Polis turut menahan kekasih kepada wanita berkenaan kelmarin dan turut direman tiga hari sehingga esok. 

Terdahulu, siasatan dimulakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video menunjukkan seorang wanita menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Kertas siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni.

Selain itu, kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum ini, tular video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab malam di TTDI.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya