PETALING JAYA: Selepas seorang wanita didakwa menghina Islam, tular pula video seorang lelaki yang dikatakan melakukan perbuatan serupa di sebuah kelab komedi sama di Taman Tun Dr. Ismail, dekat sini.
Video tersebut dipercayai diambil ketika dia membuat persembahan komedi solo di kelab itu pada 2017.
Video dimuat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika bersekolah di sebuah sekolah kerajaan ketika sedang membuat persembahan komedi berdiri.
Dalam perkongsian itu, dia mendakwa, ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di sekolahnya pernah memberitahu pelajar bukan Islam akan ke ‘neraka’.
“Jika anda muslim, anda akan ke belajar pengajian Islam. Jika anda bukan Islam, anda akan ke neraka. Ya, itu yang ustaz ustazah beritahu pada saya,” katanya.
Perkongsian itu turut diiringi gelak ketawa daripada penonton yang hadir. – UTUSAN